Thursday, April 12, 2012

Pilihanku....


Assalamualaikum....ini bukan pengumanan siapa yang saya akan pilih untuk pilihan hati lagi yer so x perlu risau...hehehe...saya diuji macam2 dugaan yang saya sendiri takut untuk hadapinya sendiri tp Alhamdulillah dan saya bersyukur sebab saya diberi kesempatan untuk mengenali dan memperbaiki kekurangan diri ini...saya tak tahu mana yang patut saya pilih...semua yang mendekati saya adalah orang yang baik-baik belaka...saya harapkan seseorang yang saya dapat rasa jiwa saya pada dia..itu saja pintaku...Saya tidak minta kekayaan ataupun ketampanan cukup bagi saya seorang yang beriman dan bertanggungjawab dalam setiap sudut yang paling penting ialah saya dapat menerimanya secara ikhlas tanpa ada paksaan...secara jujurnya hati saya terpaut pada seorang hamba ALLAH yang dapat melembutkan hati ini dan menerima diri ini seadanya tapi sehingga sekarang saya tidak tau dimanakah ruang untuk saya bertapak dihatinya....saya masih tertanya-tanya siapa saya di hatinya...saya selalu berdoa untuk kebahagiaan saya dan dia tetapi dapatkah dia menerima saya dalam hidupnya setelah dia memberi harapan dan semangat tetapi hanya membiarkan saya bertepuk sebelah tangan. Memang bila mengenangkan dia hati ini akan rindu sangat untuk bertemu dengannya...selalunya dia akan menelefon saya jika saya terlalu merinduinya...cukup mendengar suaranya hati sudah berbunga-bunga dan rindu sedikit terubat..sebenarnya sekeping hati ini telah saya serahkan padanya tapi sehingga sekarang saya tidak pasti dimana ia menyimpannya....=) diharap siapa pun pilihan saya nanti itu adalah terbaik untuk saya dan semua....terima kasih....

Monday, April 9, 2012

Tidak mahu dikecewakan lagi....


hati ini tidak mahu dikecewakan buat kali kedua
hati ini juga tidak mahu terluka lagi
hati ini perlukan sesuatu yang boleh membahagiakan semua
hati ini inginkan kasih sayang
hati ini juga telah memberi sedikit ruang untuk kamu
hati ini juga telah maafkan kesilapan kamu
hati ini juga telah berusaha melupakan sesuatu yang menyakitkan dulu
hati ini membiasakan diri untuk sesuatu yang baru
hati ini tinggalkan semua untuk tidak mengecewakan kamu
hati ini menerima semua kelemahan untuk keselesaan kamu
hati ini tersenyum untuk kebahagiaan kamu
hati ini akan kuat untuk kamu lebih semangat lagi
hati ini akan terus semangat untuk kamu lebih berani
hati ini terus berkata-kata supaya kamu tidak sunyi
hati ini akan lebih tenang bila kamu ada disisi.....
semoga kamu tahu aku sangat menyintaimu...
kerana imanmu...
kerana semangatmu...
kerana kamu buatku bahagia...
kerana cinta yang diberikan oleh Ilahi

Cincin Idaman


Salam semua...ini cincin idaman saya tau....saja nak share n wat gedix kit...hehehe...sebenarnya saya melihat cincin ini sangat cantik dan anggun....simple but nice...mase wt research pasal jenama habib jewel ttbe telihat cincin ni yg menarik perhatianku dan menghilangkan fokusku untuk membuat kerja yang ditugaskan buat seketika...lama juga saya berangan2 pasal cincin ini sebelum tersentap dari lamunan itu....hahahaha...kelakar ada hati kan nk pakai cincin nih...sape lar nk bagi cincin nih ke Siti Nur Hazwani kn... berangan je lar kn....kdg2 terfikir juga untuk masa depan yang akan membuatkan saya bahagia dan tersenyum dengan kebahagiaan yang akan saya jaga hingga akhir hayat ini tapi sudah tentu saya tidak tahu bila ia akan terjawab semua persoalan yang berlegar di minda saya nih...melihat rakan-rakan yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata terasa juga hati nih untuk merasainya sendiri tapi sungguh tidak diketahui bila masa itu akan tiba...hanya mampu mengangkat tangan dan berdoa untuk mendapat kebahagiaan yang berkekalan dan bertemu jodoh dengan orang yang betul2 dapat membuat diri ini bahagia dan dihargai....amin..=)