Monday, April 9, 2012

Tidak mahu dikecewakan lagi....


hati ini tidak mahu dikecewakan buat kali kedua
hati ini juga tidak mahu terluka lagi
hati ini perlukan sesuatu yang boleh membahagiakan semua
hati ini inginkan kasih sayang
hati ini juga telah memberi sedikit ruang untuk kamu
hati ini juga telah maafkan kesilapan kamu
hati ini juga telah berusaha melupakan sesuatu yang menyakitkan dulu
hati ini membiasakan diri untuk sesuatu yang baru
hati ini tinggalkan semua untuk tidak mengecewakan kamu
hati ini menerima semua kelemahan untuk keselesaan kamu
hati ini tersenyum untuk kebahagiaan kamu
hati ini akan kuat untuk kamu lebih semangat lagi
hati ini akan terus semangat untuk kamu lebih berani
hati ini terus berkata-kata supaya kamu tidak sunyi
hati ini akan lebih tenang bila kamu ada disisi.....
semoga kamu tahu aku sangat menyintaimu...
kerana imanmu...
kerana semangatmu...
kerana kamu buatku bahagia...
kerana cinta yang diberikan oleh Ilahi