nih lar hasilnya untuk hari ini...hehe
Tuesday, March 19, 2013
Creativity
Rajin tak bertempat menyebabkan wani suka design untuk desktop laptop wani....boleh dikatakan kalau xde kerja hari tuh atau kebuntuan idea mesti akan tercipta satu rekaan untuk paparan desktop untuk my lappy....hahaha...memang xde kerja kan walaupun assignment bertimbun-timbun...Apa yang penting kita pandai dan bijak mengurus masa walaupun sekarang sedang mencuba untuk mengurus masa dengan sebaik mungkin...masa itu emas dan permata jadi hargai masa dengan sebaiknya...
Pandapat saya: Tips berfikir dengan pantas
sebenarnya xde idea sgt nk menulis nih tp nk jugak menulisnya...hahaha...lama x buat nih agak tepu jugak lar nk keluarkan idea secara serta merta nih jadi tip saya untuk mencurahkan idea dengan laju dan pantas ialah kita perlukan rehat yang cukup untuk mengelakkan kita dari tidak fokus pada sesuatu yang kita buat tapi jangan terlebih tidur sebab boleh mudaratkan kita untuk berfikir secara pantas. Selain itu, banyakkan minum air untuk membantu sistem di dalam badan kita dan mampu membuatkan kita berfikir secara pantas jika oksigen yang diperlukan oleh otak kita cukup. Tips lain ialah banyakkan mengira kerana ia boleh membuatkan kita berfikir dengan pantas maksudnya lebih baik congak dari guna kalkulator kan. Seterusnya rajin-rajin lar membaca untuk cambahkan idea dan meluaskan imaginasi kita dengan berfikir tapi bukan berangan tau....hehehe...tu je lar setakat nih dulu....nanti saya rajin saya menaip lagi...Salam...
Friday, March 15, 2013
Keluarga sentiasa di hati
Assalamualaikum...Berjauhan dengan keluarga membuatkan diri ini sangat lar merindui sayang-sayang ateh semua....hehehe....Disebabkan datang ke tanjung malim untuk menuntut ilmu jadi kerinduan pada mereka menjadikan aku terus bersemangat untuk terus berjuang untuk mendapat kejayaan dan terus berjaya dalam bidang yang diceburi ini.
Monday, March 11, 2013
Tak Sanggup dan Tak Mungkin
Kebahagiaan ada di mana-mana sahaja begitu juga rezeki ia ada di mana-mana sahaja cuma usaha dan doa adalah kekuatan untuk memperolehinya. Hati ini kne redha setiap apa yang berlaku dan kuatkan hati untuk terima apa yang berlaku samaada baik atau buruk. Tak mungkin diri ini akan rosakkan kebahagiaan yang orang yang pernah diri ini sayang semata-mata untuk kepentingan diri ini. Diri ini masih lagi ada perasaan dan masih lagi mampu berfikir secara rasional. Selagi mampu berdoa untuk kebahagiaan semua diri ini akan sentiasa doakan. Walaupun diri ini mampu tersenyum dari jauh diharap kebahagiaan orang yang disayang akan terus dihargai dan bahagia selamanya. Sentiasa berfikiran positif dalam membuat sesuatu perkara dan jangan sampai boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Walaupun kita sedih atau terluka janganlah berkecil hati atau tersisih kerana ALLAH dah tetapkan yg terbaik untuk kita semua. Janganlah buat perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan orang di sekeliling kita sebab kepentingan diri kita semata-mata. Tingkatkan iman dan selamat beramal untuk menjadi insan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Panangan drama korea
Salam...disebabkan terlalu feeling tengok cte korea yg bertajuk Heartstrings maka jiwang karat sampai feeling campur ngan kelakar sebenarnya. Suka jalan cte tuh sampai senyum pun sorang-sorang...hahaha...disebabkan sy suka kesemua lagu dalam cte tuh jadi sy select satu lagu yg bertajuk Because I miss U untuk letak dalam blog nih...best sangat....hehehe....selamat mendengar dan suka-sukakan lar yer....
Friday, March 8, 2013
Semangat 2013
Assalamualaikum dan salam 2013...
Kebahagiaan dan kejayaan terus dicapai untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Kegembiraan orang yang disayangi sangat penting unutk melihat mereka senyum yang menjadikan diri ini terus bersemangat untuk terus menjadi kreatif dalam mencetuskan idea-idea sama ada melalui lisan, penulisan serta creative idea untuk membuat sesuatu design menjadi terbaik dan kreatif. Keyakinan dan semangat untuk terus menjadi krreatif dalam bidang pengiklanan ini akan di asah dan di gilap untuk menjadi yang terbaik dan mampu berdiri di antara yang terbaik dan mampu membuatkan ma abah dan pencurah ilmu kepada diri ini tersenyum melihat kejayaan yang diri ini miliki. Hanya berbaki 3 semester lagi untuk menamatkan pengajian di UPSI ini, harapan diri ini mampu membuatkan aku menjadi matang dalam berkarya dan mampu berkongsi apa yang dipelajari ini dengan baik dan dapat difahami. Kata-kata semangat ini untuk menjadikan aku terus berjuang untuk mendapat kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan di UPSI....
Subscribe to:
Posts (Atom)
