Gementar takut semua ada bila terfikirkan kehidupan yang akan tercipta ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya wani dah hampir 25 tahun. Fikir-fikir balik macam tak percaya pulak umur dah hampir dengan 25 tahun. Dah besar rupanya anak ma abah nih yer tapi tetap manja lagi. Perangai macam budak-budak lagi masih dalam proses pembelajaran hidup untuk menjadi lebih matang. Maknanya dah boleh kahwin dah lar kan....ooopppssss...hehehe....tengok kawan-kawan rapat yang dah kahwin semua happy dengan kehidupan baru dorang. Wani harap wani pun cam tuh jugak lar nanti.
Bila cincin nak sarung di jari manis tuh wani? Jawapan wani sebenarnya wani pun tak tahu nak cakap and bgtau cm mana kan....tak semua orang dapat faham keadaan kita sekarang. Wani akan abis study 2 tahun lagi..InsyaALLAH...Banyak perkara yang kita tak boleh jangka akan terjadi kan jadi ikut perancangan yang diaturkan jer sekarang. Harap kesabaran dapat membuktikan kesetiaan yang akan dibina. Hubungan yang dibina hanya kerana ALLAH. Wani harap akan dapat seorang yang menyayangi wani dan mencintai wani juga yang paling penting dapat membimbing wani ke jalan yang benar kerana ALLAH TA'ALA. Aamiin....=)













