Friday, September 6, 2013
Terima Kasih Cinta
Masa menikmati keindahan alam di waktu pagi dalam kereta ttbe terdengar lar sebuah lagu nih...best sangat mase mula2 dengar...mmg best sgt lagu tuh sampai tertanya-tanya lagu ape lar yg aku duk dgr nih...duk cari2 dalam youtube ttbe jumpa lagu yg bertajuk 'terima kasih' nyanyian iamNEETA...suke sangat sbb lagu nih lar aku duk cari selama nih...hehehe...sebenarnya lagu nih nak bagi kt someone...terima kasih...
_______________________________
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga
______________________________
Saturday, April 27, 2013
Tips Mengenali Jodoh Menurut Islam
Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh Memahami, Memaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita. Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.
Jadi sekiranya anda mahu mencari jodoh, carilah yang boleh melakukan 3M di atas supaya hubungan cinta dapat kekal dan tidak berlaku cerai-berai. Jodoh itu bukan berdasarkan nafsu, kekayaan, rupa paras, pangkat dan sebagainya tetapi haruslah berdasarkan Islam iaitu beraqidah, taat beribadah dan cantik akhlaknya. Jika cinta itu menurut Islam maka cinta itu datangnya dari Allah.
Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:
1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan "3M" diatas sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam Insya Allah akan membahagiakan hidup anda di dunia maupun akhirat.
Ingin saya kongsikan 2 jenis Do'a:

Do'a Mencari Jodoh
Jika anda mengalami keadaan putus cinta, Insya Allah amalkan Do'a kedua ini:

Do'a Putus Cinta
Saya hanya berkongsi tips ini untuk kebaikan bersama. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya. Hakikatnya datang dari Allah jua. Saya akan bertemu para pembaca lagi untuk ulasan lanjut tentang jodoh. Insya Allah.
Friday, April 26, 2013
As a designer..!!!
Kita perlu tahu kekuatan kita di mana dan apa kekuatan kita yang sebenarnya. Dalam proses pembelajaran ini kita perlu menjadi 'THINKER' untuk menyelesaikan masalah. Jangan jadikan kesusahan sebagai alasan sebaliknya jadikanlah kesusahan yang kita alami sebagai cabaran untuk kita terus berjaya dalam apa sahaja yang kita lakukan. Suatu kejayaan bukan datang dengan mudah tetapi perlu lalui kesusahan dan cabaran untuk tempuhinya. Kegagalan bukan alasan untuk tidak berjaya dan berhenti dalam teruskan usaha kita. Jadikan kegagalan itu suatu motivasi untuk kita terus berlari mendapat kejayaan yang kita mahukan. Kemahuan kita memang besar dan untuk mendapat apa yang kita mahu perlu berusaha dan jangan lepaskan peluang yang ada kerana tiada yang mustahil dalam apa saja yang kita lalui dalam hidup ini. Sentiasa bagi tanda tanya untuk kita berfikir dan selalu mengetahui setiap apa yang kita lakukan menjadikan kita yakin dengan kejayaan yang kita mahukan. Terus berusaha dan berusaha untuk mendapat kejayaan dan percayalah tiada yang mustahil dengan apa yang kita lakukan.
Tuesday, March 19, 2013
Creativity
Rajin tak bertempat menyebabkan wani suka design untuk desktop laptop wani....boleh dikatakan kalau xde kerja hari tuh atau kebuntuan idea mesti akan tercipta satu rekaan untuk paparan desktop untuk my lappy....hahaha...memang xde kerja kan walaupun assignment bertimbun-timbun...Apa yang penting kita pandai dan bijak mengurus masa walaupun sekarang sedang mencuba untuk mengurus masa dengan sebaik mungkin...masa itu emas dan permata jadi hargai masa dengan sebaiknya...
nih lar hasilnya untuk hari ini...hehe
Pandapat saya: Tips berfikir dengan pantas
sebenarnya xde idea sgt nk menulis nih tp nk jugak menulisnya...hahaha...lama x buat nih agak tepu jugak lar nk keluarkan idea secara serta merta nih jadi tip saya untuk mencurahkan idea dengan laju dan pantas ialah kita perlukan rehat yang cukup untuk mengelakkan kita dari tidak fokus pada sesuatu yang kita buat tapi jangan terlebih tidur sebab boleh mudaratkan kita untuk berfikir secara pantas. Selain itu, banyakkan minum air untuk membantu sistem di dalam badan kita dan mampu membuatkan kita berfikir secara pantas jika oksigen yang diperlukan oleh otak kita cukup. Tips lain ialah banyakkan mengira kerana ia boleh membuatkan kita berfikir dengan pantas maksudnya lebih baik congak dari guna kalkulator kan. Seterusnya rajin-rajin lar membaca untuk cambahkan idea dan meluaskan imaginasi kita dengan berfikir tapi bukan berangan tau....hehehe...tu je lar setakat nih dulu....nanti saya rajin saya menaip lagi...Salam...
Friday, March 15, 2013
Keluarga sentiasa di hati
Assalamualaikum...Berjauhan dengan keluarga membuatkan diri ini sangat lar merindui sayang-sayang ateh semua....hehehe....Disebabkan datang ke tanjung malim untuk menuntut ilmu jadi kerinduan pada mereka menjadikan aku terus bersemangat untuk terus berjuang untuk mendapat kejayaan dan terus berjaya dalam bidang yang diceburi ini.
Monday, March 11, 2013
Tak Sanggup dan Tak Mungkin
Kebahagiaan ada di mana-mana sahaja begitu juga rezeki ia ada di mana-mana sahaja cuma usaha dan doa adalah kekuatan untuk memperolehinya. Hati ini kne redha setiap apa yang berlaku dan kuatkan hati untuk terima apa yang berlaku samaada baik atau buruk. Tak mungkin diri ini akan rosakkan kebahagiaan yang orang yang pernah diri ini sayang semata-mata untuk kepentingan diri ini. Diri ini masih lagi ada perasaan dan masih lagi mampu berfikir secara rasional. Selagi mampu berdoa untuk kebahagiaan semua diri ini akan sentiasa doakan. Walaupun diri ini mampu tersenyum dari jauh diharap kebahagiaan orang yang disayang akan terus dihargai dan bahagia selamanya. Sentiasa berfikiran positif dalam membuat sesuatu perkara dan jangan sampai boleh merosakkan hubungan sesama manusia. Walaupun kita sedih atau terluka janganlah berkecil hati atau tersisih kerana ALLAH dah tetapkan yg terbaik untuk kita semua. Janganlah buat perkara yang boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri dan orang di sekeliling kita sebab kepentingan diri kita semata-mata. Tingkatkan iman dan selamat beramal untuk menjadi insan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Panangan drama korea
Salam...disebabkan terlalu feeling tengok cte korea yg bertajuk Heartstrings maka jiwang karat sampai feeling campur ngan kelakar sebenarnya. Suka jalan cte tuh sampai senyum pun sorang-sorang...hahaha...disebabkan sy suka kesemua lagu dalam cte tuh jadi sy select satu lagu yg bertajuk Because I miss U untuk letak dalam blog nih...best sangat....hehehe....selamat mendengar dan suka-sukakan lar yer....
Friday, March 8, 2013
Semangat 2013
Assalamualaikum dan salam 2013...
Kebahagiaan dan kejayaan terus dicapai untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Kegembiraan orang yang disayangi sangat penting unutk melihat mereka senyum yang menjadikan diri ini terus bersemangat untuk terus menjadi kreatif dalam mencetuskan idea-idea sama ada melalui lisan, penulisan serta creative idea untuk membuat sesuatu design menjadi terbaik dan kreatif. Keyakinan dan semangat untuk terus menjadi krreatif dalam bidang pengiklanan ini akan di asah dan di gilap untuk menjadi yang terbaik dan mampu berdiri di antara yang terbaik dan mampu membuatkan ma abah dan pencurah ilmu kepada diri ini tersenyum melihat kejayaan yang diri ini miliki. Hanya berbaki 3 semester lagi untuk menamatkan pengajian di UPSI ini, harapan diri ini mampu membuatkan aku menjadi matang dalam berkarya dan mampu berkongsi apa yang dipelajari ini dengan baik dan dapat difahami. Kata-kata semangat ini untuk menjadikan aku terus berjuang untuk mendapat kejayaan bersama rakan-rakan seperjuangan di UPSI....
Subscribe to:
Posts (Atom)
