Sangat menarik perhatian bila dengar tajuk forum yang telah dibincangkan hari Jumaat baru2 ini pada 2 Disember 2011 . Banyak yang saya dapat dari perbincangan forum tersebut. Walaupun tajuk forum itu ke arah dakwah tapi sebenarnya ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita.
Saya sangat tertarik dengan kata-kata ahli panel forum itu yang mengatakan mengenai keberkatan dalam perhubungan. Tiada istilah berpasangam atau couple sebelum berkahwin dalam islam. Memang benar sebab bercinta tanpa ikatan yang kukuh sangatlah merbahaya. sekarang memang menjadi trend bercouple2 nih. bukan nak kata tapi itulah lumrahnya. Ramai yang tidak memahami maksud cinta sebenar. Walaupun bercinta selama bertahun-tahun adakah ia akan bahagia hingga ke syurga. Selalunya kita selalu terpengaruh dengan cinta mase couple2. Fikirkah kita sebelum berkahwin lelaki telah menyakiti dam melukai hati wanita dan bersama perempuan lain dan juga tidak jujur dengan pasangan. Sememangnya hal ini sangat rumit tapi jika kita melihat dari pandangan islam semua telah terjawab mengenai kebahagiaan dalam berumah tangga. Marilah kita fikir sejenak jika pergaduhan selalu berlaku sebelum kahwin tidak mustahil ia akan buat kita kecewa bila berkahwin. Fikirlah sejenak dalam mendapat keberkatan yang ingin dimiliki oleh kita dan pasangan kita hingga ke Syurga. Jadi jagalah pergaulan dan latihlah diri mulai sekarang untuk mendapat kebahagiaan di alam perkahwinan. Nikmat berkahwin sangatlah bahagia jika kita menjaga diri kita sebelum kahwin...
Sekian.