Friday, August 13, 2010
Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan
Salam...Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan berkat ini...Bulan ramadhan terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan...Bersyukurlah setiap yang berlaku...Di bulan Ramadhan inilah keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan umat islam bersatu. Di bulan inilah saudara-saudara islam berkumpul dalam satu masjid untuk menunaikan Solat Terawih..Nikmatnya bulan Ramadhan..Sahur dan Berbuka mengeratkan lagi silaturahhim dalam keluarga...Berkat bulan ramadhan....Cahaya yang ada di bulan ini cukup terang dan sukar digambarkan kenikmatan bulan ini...Letih dan Lapar pn tak terasa bila merasai nikmat dan bersyukurnya kita berada di bulan ramadhan ini...Bulan Ramadhan bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi menahan kelakuan dan perangai yang tidak baik...Banyakkan berzikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran di bulan yang mulia ini...Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan ini dan sentiasa mendapat keredhaan daripada ALLAH SWT..Amin...SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN...