Hari ini adalah hari ke 24 umat islam berpuasa di bulan ramadhan. Pejam celik pejam celik sudah 23 hari rupanya telah berpuasa. Orang jauh pun mula cuti dan balik ke kampung halaman untuk beraya. Kemeriahan makin terasa bila suasana ahli keluarga yang menceriakan untuk menyambut hari raya yang bakal tiba. Suasana yang ceria menanti hari raya sangat dirasai bila bersama ahli keluarga. Bersahur dan berbuka bersama membuatkan kitaa gembira merasakan lengkapnya hidup ini bersama keluarga.
Sebenarnya puasa kali ini terasa singkat sekali seperi baru semalam kita mula berpuasa rupa-rupanya sudah hampir raya. Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut syawal dan kelengkapan dibuat untuk menyambut hari raya.
Hati ini gembira dan sedih sebenarnya, gembira kerana kita akan menyambut syawal bersama-sama dan sedih sebab akan meninggalkan ramadhan yang kita tidak pasti adakah akan bertemunya lagi atau tidak. Semoga kita mendapat keberkatan daripadanya...amin~~
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN