Apabila kita bertukar ke suasana yang baru mungkin kita akan rasa semua baru dan perlu membiasakan diri dengan tempat yagn baru ini. Bukan mudah untuk sesuaikan diri dalam suasana yang asing bagi kita. Mungkin ia mengambil masa yang sekejap atau mungkin lama bergantung pada input yang akan kita terima dan output yang akan kita bagi pada persekitaran. Mungkin ada orang kita jumpa sehari dah macam kenal lama dah bila dah sembang dan ada pula bila kita tanya sepatah dia jawab sepatah. Jadi bergantung kepada respons yang akan kita terima samaada baik atau sebaliknya. Apabila kita telah berjumpa dengan kenalan baru tidak mungkin kita akan lupakan kenalan lama terutama kenalan rapat yang sentiasa ada saat susah dan senang. Kenangan tidak mungkin dapat dilupakan begitu sahaja.
Bagi diri ini sesuatu yang pernah membuatkan diri ini terluka atau sesuatu yang menyakitkan suatu masa dahulu akan diabaikan bagi menjernihkan sesuatu keadaan dan tidak mahu ia berlaku lagi. Bukan diri ini lupa akan sesuatu kenangan yang pernah tercipta tapi taknak ingat kerana ia hanyalah suatu kesilapan yang mengajar diri ini menjadi lebih dewasa. Jadi tidak bermaksud untuk membuang kenangan yang pernah dilalui bersama tetapi ada sesetengah kenangan tidak mampu untuk menebus kesilapan dulu jadi lebih baik kita perbaiki kesilapan yang dulu yang mungkin ada salah dan kekurangan juga kita perbetulkan yang salah dengan cara kita sendiri dan mintalah pendapat pada yang dapat beri petunjuk pada kita untuk menjadi manusia yang lebih baik.